Ahad, 25 Oktober 2020

PROFILE KLINIK



 LATAR BELAKANG

Ø Klinik Kesihatan Air Kuning terletak di Mukim Pasir Panjang Hulu dalam Daerah Perak Tengah.
Ø Kedudukan menghala dari Kg Gajah – Tanjung Tualang.
Ø Jarak dari Kg Gajah satu hala sejauh 36km.
Ø Mula beroperasi pada tahun 1978 , Klinik Desa  berbentuk rumah  yang disewa dari kediaman penduduk di Kg Tersusun Air Kuning sehingga 2010.
Ø Pada tahun 2009 pembinaan klinik baru sedang dalam proses iaitu jenis 2G dan mempunyai 2 Kuaters untuk kediaman kakitangan oncall.
Ø Keluasan kawasan  klinik baru ini adalah 0.1 Ekar


2     TARIKH BEROPERASI

Ø Pada 10.10.2010 klinik lama (rumah disewa) berpindah ke di tapak baru dan melakukan gotong royong bersama –sama penduduk kampung.
Ø Pada 11.10.2010 Klinik Desa Air Kuning beroperasi  dan menyediakan kesihatan kepada penduduk setempat.
Ø Pada 1.1.2011 Klinik Desa Air Kuning  telah di naik taraf sebagai Klinik kesihatan Air Kuning.






1.    JARAK KEMUDAHAN KESIHATAN YANG LAIN

Ø Dikepilkan bersama Jarak perjalanan yang diberi oleh PKD Perak tengah. (Dalam kilometer)



2.    JUMLAH PENDUDUK (POPULASI)

Ø Jumlah penduduknya seramai 2368 orang terdiri dari majoriti kaum etnik Orang Asli dan Melayu.
Ø Terdapat 2 kampung iaitu Kampung Tersusun Air Kuning dan Kampung Chenderong Kelubi .
Ø Jumlah penduduk Kg Tersusun Air Kuning iaitu 616 orang terdiri dari  majority kaum Melayu.
Ø Jumlah penduduk Kg Chenderong Kelubi iaitu 1752 orang terdiri dari majority Kaum Orang asli.
Ø Pekerjaan utama penduduk  setempat ialah peladang sawit , pekebun sayur dan segelintir menjadi nelayan.

3.    KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Ø Kemudahan asas yang disediakan ialah bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya yang baik untuk kegunaan penduduk setempat.





laporan ini disediakan oleh JM Darsiah Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  CARTA ORGANISASI TERKINI EKSA KKAK TAHUN                                                     2021